fbpx

Polis AS minta bantuan orang ramai kesan patung Shrek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung raksasa Shrek hilang dari sebuah kawasan paya di Hartfiled baru-baru ini. - Hatfield Police Department

HATFIELD, Massachusetts – Polis negeri Massachusetts, Amerika Syarikat (AS) melancarkan misi pencarian bagi mengesan patung raksasa Shrek seberat 90.21 kilogram (kg) selepas ia dilaporkan hilang, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Jabatan Polis Hatfield menyiarkan kenyataan amaran mengenai kehilangan patung raksasa itu pada Rabu lalu.

Ia turut menyertakan gambar patung simen berwarna hijau tersebut yang menunjukkan ia dipakaikan dengan jaket ikonik watak animasi popular itu.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi jabatan kami atau pulangkan ia dalam keadaan anda menemuinya,” kata jabatan tersebut.

Jabatan Polis Hatfield bagaimanapun tidak segera menjawab permintaan CNN untuk mendapatkan komen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI