fbpx

PM Jepun pecat pegawai kanan berhubung komen anti-LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kishida (kanan) berjalan bersama Arai (kiri) di Pejabat Perdana Menteri di Jepun. - Kyodo

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semalam memecat Setiausaha Eksekutifnya, Masoyoshi Arai susulan kenyataan yang dibuatnya dianggap sebagai homofobia atau perasaan takut atau benci kepada golongan homoseksual, lapor agensi berita United Press International.

Arai iaitu pembantu utama yang berkhidmat sebagai salah seorang penasihat terdekat Kishida mencetuskan kekecohan Jumaat lalu apabila memberitahu pemberita bahawa beliau tidak mahu tinggal berjiran dengan pasangan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ).

Beliau juga menyatakan tidak mahu melihat golongan tersebut dan menegaskan bahawa sebilangan besar orang akan meninggalkan Jepun jika perkahwinan sejenis dibenarkan.

Namun, Kishida semalam memberitahu sidang akhbar bahawa komen Arai adalah sama sekali tidak konsisten dengan dasar Kabinetnya dengan berkata: “Kami telah menghormati kepelbagaian dan merealisasikan masyarakat inklusif.”

Kesaksamaan perkahwinan menjadi semakin relevan sebagai isu dalaman masyarakat Jepun. Mahkamah Tokyo pada November tahun lalu memutuskan bahawa walaupun perlembagaan negara tidak membenarkan perkahwinan sejenis, pasangan yang dinafikan hak untuk berkahwin sememangnya menjadi mangsa diskriminasi.

Walaupun keputusan itu tidak mengubah status quo undang-undang di Jepun, pihak yang menyokong golongan LGBTQ mendakwa ia sebagai kemenangan kerana mengakui ketidakadilan yang berlaku di negara berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI