fbpx

Wanita terkejut dapat roti penuh kulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar roti berkulat yang dimuat naik seorang wanita di Facebook, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini seorang pelanggan mengamuk kerana saiz kopi espresso, kini seorang wanita pula terkejut dan mendakwa roti yang dibeli mempunyai kulat melibatkan cawangan perniagaan yang sama.

Menerusi perkongsian di Facebook Keabadian Cinte memaparkan keadaan roti ‘hot roll’ (hot dog) itu yang dibeli untuk anaknya.

“Saya dapat roti ‘hot roll’, sekali dengan perisa tambahan kulat.

“Nasib baik anak nak makan hot dog, kalau tidak habis ditelannya,” katanya dalam satu hantaran, baru-baru ini.

Katanya, sebagai peniaga makanan, mereka sepatutnya lebih berjaga-jaga dengan kualiti dan tahap kebersihan produk yang dijual.

“Geli kot tengok tengah roti tu. Berapa minggu dia panaskan. Untung staf baik ganti baucar dan mereka buang semua roti yang ada di situ.

“Lepas ni kena ‘alert’ (waspada) sebab bahaya kulat ni kepada perut yang tidak tahan,” ujarnya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai meluahkan kekecewaan terhadap perkhidmatan premis terbabit.

“Bukan pertama kali jadi makanan berkulat kat sini. Mereka bagi baucar dan macam tu sahaja. Orang boleh kena keracunan makanan,” kata Syaz.

“Saya pernah kena dengan kedai sama. Kena keracunan makanan dan seminggu tak boleh kerja. Itu belum muntah dan cirit lagi,” luah Aida. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI