fbpx

Lelaki campak botol arak akan dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang sedang dikesan polis berhubung kes campak botol arak yang berlaku di tingkat atas sebuah premis kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang sengaja membaling botol arak dari tingkat atas sebuah premis kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru, di sini yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti individu terlibat dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.

“Sehubungan itu, kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan.

“Penelitian mendapati, perbuatan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, satu rakaman video tular yang berdurasi 43 saat menunjukkan tindakan tidak bertangungjawab daripada seorang lelaki telah dimuat naik pengguna TikTok @syrupboy1.

Rakaman video itu memaparkan, tindakan seorang lelaki yang mengenakan pakaian baju kelabu telah membaling sebuah botol arak ke arah jalan raya yang sesak. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI