fbpx

Sibuk Famili Duo, kerja tanpa henti, Ayda Jebat turun 5kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN penat tetapi Ayda bersyukur kerana usaha dan kerja kerasnya di pentas Famili Duo dihargai.

PETALING JAYA – Terlalu letih bekerja kerana terikat dengan komitmen program Famili Duo dan pada masa sama tetap sibuk dengan tuntutan lain membuatkan Ayda Jebat mengalami penurunan berat badan drastik.

Sepanjang tiga minggu lalu, dia mendedahkan kehilangan berat badan sebanyak lima kilogram (kg).

Selain terlalu sibuk bekerja, keadaan tersebut juga berlaku disebabkan dia kurang selera makan biarpun berasa lapar.

“Sejak tiga minggu lalu berat badan saya turun dari 46kg sekarang 41kg. 5kg hilang. Saya nak makan, lapar. Tapi bila sampai makanan, makan sikit terus kenyang. Saya tak tahu kenapa,” kongsinya.

Selain kurang makan, Ayda, 32, juga mendedahkan tidak cukup tidur kerana selepas selesai persembahan Famili Duo setiap malam Ahad, dia terus sibuk menguruskan perancangan minggu seterusnya.

“Kalau konsert Ahad habis, Isnin dah cepat-cepat siapkan struktur dan susunan lagu pada Selasa. Pada masa sama, nak dapatkan semua prop, orang terlibat.

“Selain Famili Duo, berlambak sesi fotografi dan penggambaran video sana sini,” ujarnya.

Biarpun letih dan mengharapkan dapat bercuti selepas ini, namun hasrat tersebut tidak dapat dilakukan Ayda buat masa ini memandangkan kerjanya tidak pernah habis.

“Lepas habis ni (Famili Duo), kena pergi melancong lah ya. Kan? Tapi tak boleh. Kerja lagi tanpa henti. Letih semalam sampai menangis,” luahnya.

Ayda bersaing di pentas Famili Duo bersama adiknya, Fyna Jebat dan layak mara ke minggu final pada Ahad ini.

Program tersebut menampilkan peserta dalam kalangan selebriti popular bersama ahli keluarga atau saudara-mara menonjolkan bakat nyanyian masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI