fbpx

Lesen ‘gerenti lulus’, SPRM tahan pekerja sambilan sekolah memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pekerja sambilan di sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada seorang calon ujian memandu hari ini.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40an itu ditahan kira-kira pukul 4.30 petang ini di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek yang juga merupakan pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan meminta wang sebagai dorongan mendapatkan lesen ‘gerenti lulus’.

“Sumber berkerja di sekolah memandu di Petaling Jaya yang dimililiki oleh bapa mentuanya secara sambilan,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

“Kami akan membawa suspek ke Mahkamah Sesyen Shah Alam esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI