fbpx

Lelaki mahu poligami perlu berani, ukur baju di badan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAJMI (tengah) melawat gerai pada program Jualan Buku di sebuah pasar raya di Alor Setar kelmarin.

ALOR SETAR – Mana-mana lelaki yang ingin berpoligami perlu berani dan mempunyai sikap bertanggungjawab de­ngan memohon kebenaran dari Mahkamah Syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad berkata, kebenaran poligami akan dibenarkan mahkamah berdasarkan pertimbangan dilakukan termasuk kelayakan pemohon.

“Anggapan (lelaki) perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama, itu tidak betul. Kebenaran akan diberikan mahkamah.

“Mahkamah nak bagi kebenaran tetapi dia mesti dapat maklumat daripada isteri pertama dahulu. Secara tidak langsung itu sebab yang pasangan tak setuju,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan program Jualan Buku di sini kelmarin.

Najmi mengulas tentang isu poligami yang hangat diperkatakan ketika ini termasuk trend bernikah di Siam yang semakin meningkat.

Beliau menasihatkan lelaki terlibat supaya mengikut saluran dan peraturan ditetapkan bagi mengelak sebarang masalah di kemudian hari.

“Saya nak nasihat supaya ikut peraturan, ukur baju ikut badan. Kenapa ada orang kaya nak kahwin senyap-senyap sedangkan mereka mampu?

“Kalau pergi mahkamah, mahkamah benarkan. Tak ada masalah yang mana mahkamah akan benarkan asas pertimbangan utama iaitu kemampuan lelaki itu seperti nafkah,” ujarnya.

Jelasnya, permohonan mengikut saluran betul itu adalah bagi memastikan kepentingan semua pihak terjaga dan tidak berlaku sebarang penganiayaan terma­suk kepada wanita yang dimadukan.

“Mahkamah akan buat timbang-tara, kamu ini layak ke tak layak. Nak pastikan segalanya kenalah tanya isteri pertama tetapi itu bukan makna minta kebenarannya (isteri pertama).

“Mahkamah yang bagi. Ada yang minta tetapi mahkamah tak bagi sebab kamu tak layak,” jelasnya.

Beliau pada masa sama menggesa agar mereka yang ingin berpoligami mengelak daripada mengambil jalan mudah dengan menikah di Thailand yang dikhuatiri mencetuskan kemudaratan pada masa depan.

Katanya, walaupun nikah tersebut sah jika menepati syaratnya, namun jadi masalah jika tidak didaftarkan semula. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI