fbpx

Kerja pembaikan struktur LRT dijangka siap dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony ketika sidang akhbar tersebut. FOTO AFIQ RAZALI

KLANG – Kerja-kerja pembaikan struktur jejambat Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang mengalami keretakan antara stesen Masjid Jamek dan Bandaraya dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keretakan akan dibaiki pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dengan perunding telah dilantik bagi membaiki struktur tersebut dalam kadar segera.

“Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya tidak ditutup cuma laluan menghubungkan kedua-duanya sahaja ditutup. Buat masa ini pengguna LRT akan menggunakan shuttle bas yang disediakan bagi menghubungkan kedua-dua stesen itu.

“Proses pembaikan melibatkan dua fasa iaitu fasa pendek dalam tempoh dua minggu untuk dipastikan ada pembaikan dan struktur itu selamat digunakan. Manakala fasa panjang memastikan struktur itu kukuh.

“Kita menjangkakan laluan antara dua stesen ini terganggu dalam tempoh dua minggu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan gudang Infinity Freight Village 5 di Pelabuhan Barat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan kerosakan struktur jejambat di kawasan berhampiran stesen LRT Bandaraya yang dipercayai akibat daripada kerja-kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan tersebut.

Anthony turut memberitahu, pembukaan kedua-dua stesen itu akan dilakukan sekiranya didapati telah selamat kepada para pengguna.

Ujarnya, lebih 200 kakitangan Prasarana telah dimobilasikan di dua stesen tersebut bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna.

“Kita tiada pilihan kerana ini melibatkan isu keselamatan. Jadi, saya memohon maaf kepada pihak penumpang.

“Saya tahu dan banyak terima laporan serta akan memantau pergerakan projek pembaikan ini. Berhubung kos, saya belum menerima maklumatnya kerana ini kes kecemasan dan sejak Jumaat lalu kerja kecemasan telah dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI