fbpx

Kenderaan asing dilarang beli diesel, RON95 bersubsidi di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL Nizam (kiri) menerangkan mengenai larangan penjualan petrol dan diesel bersubsidi di seluruh Perlis bermula hari ini di Titi Tinggi, Padang Besar hari ini.

PADANG BESAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menguatkuasakan larangan penjualan petrol RON95 dan diesel bersubsidi kepada semua kenderaan berpendaftaran asing di seluruh Perlis berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi), Shamsul Nizam Khalil berkata, larangan itu adalah rentetan isu kenderaan asing yang kerap berulang-alik mengisi minyak di stesen minyak sebelum cuba menyeludupnya ke negara jiran.

“Bagi membendung perkara itu, kementerian melalui Bahagian Penguat Kuasa mengambil langkah proaktif melakukan advokasi kepada kesemua 40 pengusaha stesen minyak termasuk dua tanpa subsidi di negeri ini sejak 27 Januari lalu.

“Advokasi itu memberi penerangan berhubung arahan larangan jualan petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing termasuk motosikal seluruh Perlis yang dikeluarkan Pengawal Bekalan Malaysia pada 26 Januari 2023,” katanya ketika ditemui di Stesen Minyak Shell Titi Tinggi di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan aktiviti pikap kenderaan asing yang rancak ‘mengatur’ stesen minyak di negeri ini bagi memenuhkan tangki dengan diesel bersubsidi sebelum diseludup ke negara jiran.

Katanya, selain di stesen minyak, advokasi turut diberikan kepada pemilik kenderaan asing termasuk motosikal di pintu masuk negara di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan Padang Besar.- KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI