fbpx

Bekas isteri bukan Islam tidak layak terima nafkah secara automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bekas isteri bukan Islam tidak layak menerima nafkah secara automatik daripada bekas suami ekoran perubahan masa dan keadaan.

Hakim Evrol Mariette Peters berpendapat, kebanyakan wanita dahulu adalah suri rumah dan bergantung kewangan daripada suami yang merupakan pencari nafkah keluarga.

Bagaimanapun, generasi sedemikian telah berlalu sejak Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 berkuat kuasa dan peranan tersebut berkembang dari semasa ke semasa.

“Wanita kini tidak lagi hanya menguruskan hal rumah tangga berbanding dahulu. Justeru tiada hak automatik bagi seorang wanita untuk menuntut nafkah daripada suami,” kata beliau.

Hakim Evrol Mariette memutuskan demikian selepas menolak tuntutan nafkah seorang wanita terhadap bekas suami yang merupakan warganegara China (nama kedua-duanya dirahsiakan).

Alasan penghakiman beliau setebal 22 muka surat itu dikeluarkan pada 30 Januari lalu dan diperolehi oleh pihak media hari ini.

Latar belakang kes seperti yang dinyatakan dalam penghakiman itu menyebut, mereka berkahwin pada Ogos 2007 dan mempunyai dua anak berusia 15 dan 12 tahun.

Bekas suaminya seorang penganalisis kewangan dan bekerja sambilan sebagai ejen hartanah, selain menjalankan perniagaan kecil berkaitan alat ganti kereta manakala bekas isteri merupakan juru ukur bahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI