fbpx
Richard Tumwine - Foto Daily Monitor

Batal kahwin, wanita diarah bayar saman RM11,517 kepada bekas tunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA – Sebuah mahkamah di Uganda memerintahkan seorang wanita di daerah Kanungu agar membayar wang pampasan sebanyak AS$2,700 (RM11,517) kepada bekas tunangnya kerana melanggar perjanjian untuk berkahwin.

Menurut Badan Penyiaran British (BBC), bekas tunang wanita berkenaan, Oga Richard Tumwine, sebelum ini telah membayar sebanyak AS$2,550 (RM10,877) kepada defendan, Fortunate Kyarikunda untuk menduduki kursus pengajian undang-undang.

Justeru, wanita tersebut terpaksa membayar balik wang serta yuran guaman selepas Tumwine mengemukakan saman ke atasnya.

Rekod mahkamah menunjukkan Tumwine dan Kyarikunda masing-masing bertugas sebagai guru yang memulakan hubungan cinta pada 2015 dan kedua-dua mereka berjanji untuk berkahwin pada 2018.

Mahkamah juga mendengar bahawa Tumwine menjadi guru untuk menyokong perbelanjaan Kyarikunda dari segi kewangan dan menajanya untuk program diploma dalam bidang undang-undang. – Agensi

POPULAR