fbpx

Tingkatan 3, 4 fasa ‘bulan madu’ dengan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fatimah melihat laporan berkala One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS).

KUCHING – Pelajar tingkatan tiga dan empat paling ramai terbabit dalam penyalahgunaan dadah berikutan mereka tidak terlibat dengan peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, tempoh berkenaan juga digelar fasa ‘bulan madu’ dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, pada tahun lalu, seramai 116 pelajar sekolah menengah dikesan positif air kencing membabitkan 113 lelaki dan tiga perempuan, dengan kebanyakannya terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dan 4.

“Ini dikatakan istilah ‘honeymoon’, maknanya tahun mereka (pelajar) bersantai, jadi tahun ‘honeymoon’ ini sangat bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan laporan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS) bagi Tahun 2022 di pejabatnya di Bangunan Baltulmakmur, Petra Jaya, hari ini.

Menjelas lanjut, Fatimah berkata Sekolah Henry Gurney, Puncak Borneo turut merekodkan seramai 53 pesalah juvana berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah sepanjang tahun 2022.

Fatimah berkata, sepanjang tahun lalu, Sarawak merekodkan sebanyak 10,237 tangkapan berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan substans hasil daripada 7,514 operasi yang dijalankan oleh JSJN, AADK Sarawak dan JKDM.

Katanya daripada jumlah tersebut, Daerah Kuching merekodkan jumlah tangkapan tertinggi sebanyak 2,235 kes diikuti oleh Miri dengan 956 kes, Sibu (924 kes), Bintulu (846 kes) dan Samarahan (611 kes).

Mengikut jantina, beliau berkata seramai 9,543 orang adalah lelaki dan 694 orang wanita.

Manakala, Fatimah berkata rampasan dadah terbanyak adalah ke atas syabu atau methamphetamine sebanyak 13.73 kilogram (kg), ketamin (10.52kg), ekstasi (5.08kg), ganja (3.40kg) termasuk ketum (21.5 liter). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI