fbpx

Lelaki pukul ibu saudara, berang dimarahi sepahkan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG- Tidak puas hati dimarahi sepahkan kawasan rumah, seorang lelaki tempatan ditahan susulan sengaja mencederakan ibu saudaranya di sebuah perumahan di Jalan Maju Utama, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada seorang lelaki tempatan sekitar pukul 11 pagi.

Katanya, pengadu yang berusia 50 tahun bekerja sebagai penghantar bunga memaklumkan perselisihan faham telah berlaku antara dia dan suspek yang merupakan anak saudaranya.

“Perselisihan faham antara mereka berlaku kerana telah menumpahkan cat di hadapan rumah dan membuang botol minuman keras sehingga pecah.

“Suspek yang berusia 36 tahun itu juga telah memukul ibu pengadu (mangsa) sehingga menyebabkan kesakitan pada muka mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farouk, motif kejadian adalah disebabkan mangsa tidak berpuas hati terhadap suspek yang telah membuat sepah di kawasan hadapan rumah mangsa.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh binaan berjaya ditangkap oleh anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) Zon 3 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang Jaya sekitar pukul 9.45 malam.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau yang melibatkan kes jenayah manakala, permohonan reman pertama dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis ini,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI