fbpx

Hajiji umum bakal lancar Gagasan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji (empat dari kanan) ketika merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa GRS dan Pelancaran Sayap Pelajar GRS di Hotel Raia hari ini. -Foto: Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti baharu dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah atau singkatannya Gagasan Rakyat.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, parti itu akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah dan telah diterima oleh GRS sebagai parti gabungan pada 9 Disember lalu.

“Insya-Allah, kita akan menggerakkan dan meneruskan perjuangan melalui Gagasan Rakyat demi pembangunan rakyat serta negeri ini. Oleh itu, selepas ini tidak timbul lagi macam-macam isu untuk mempertikaikan kedudukan saya sebagai Ketua Menteri.

“Apa yang penting saya telah mendapat sokongan majoriti dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai Ketua Menteri Sabah dan sekarang saya telah mengetuai sebuah parti iaitu Gagasan Rakyat,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa GRS dan Pelancaran Sayap Pelajar GRS di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hajiji menyatakan GRS kini mempunyai lima parti dalam gabungan berkenaan iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah atau Gagasan Rakyat; Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).-KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI