fbpx

Anwar, Azizah ‘layan’ konsert A. R Rahman di Stadium Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tiga dari kiri) bersama isteri hadir ke konsert A. R Rahman, Secret of Success-Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak melepas peluang hadir ke konsert A. R Rahman, Secret of Success-Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Anwar menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkongsi beberapa keping gambar beliau dan isteri ketika menyaksikan persembahan penyanyi serta komposer lagenda India itu.

“Bersama Azizah malam tadi hadir ke konsert mega penyanyi dan komposer legenda India A. R Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Konsert tersebut bertambah meriah dengan peminat dan pengunjung dari pelbagai kaum. Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza turut hadir membuat persembahan,” katanya.

Konsert yang dihadiri kira-kira 60,000 penonton telah mendapat sambutan luar biasa serta ramai beranggapan ia seperti persembahan bertaraf dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI