fbpx

1,664 mangsa banjir Sabah masih ditempatkan di sembilan PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu mangsa memindahkan mangsa yang terjejas dengan banjir.

KOTA KINABALU – Mangsa banjir Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan iaitu seramai 1,664 orang membabitkan 651 keluarga setakat pukul 9 pagi ini.

Jumlah berkenaan menurun berbanding 2,639 orang membabitkan 927 keluarga setakat pukul 5 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, semua penduduk terjejas banjir adalah melibatkan tiga daerah iaitu Pitas, Paitan dan Lahad Datu.

“Seramai 1,363 mangsa banjir daripada 565 keluarga masih berada di empat PPS bagi daerah Pitas, diikuti daerah Paitan dengan seramai 259 mangsa melibatkan 76 keluarga di empat PPS.

“Selain itu, 42 orang mangsa banjir di daerah Lahad Datu pula kini ditempatkan disebuah PPS. Jumlah berkenaan membabitkan 10 keluarga,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI