fbpx

‘Saya seperti dibuli’ – Hasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni (kiri) bermesra bersama pasangan pengantin baharu di Rumah Citra Sri Pinang, Benut, Pontian, hari ini.

PONTIAN – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor menegaskan akan menyokong Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin jika keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dibuat untuk menguatkan kedudukannya di peringkat pusat.

Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, jika keputusan menggantikan beliau menerajui UMNO Johor itu semata-mata untuk mempertahankan orang-orang tertentu, beliau percaya Mohamed Khaled menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian.

“Saya hanya ingin mengatakan bahawa kita sebagai Badan Perhubungan boleh mengetengahkan tokoh-tokoh, jadi, kalau Mohammad Khaled menerajui UMN0 Johor boleh menguatkan kedudukan beliau dalam di peringkat Pusat, kita sokong.

“Tetapi kalau kedudukan itu, hanya semata-mata pendekatan untuk mempertahankan orang-orang tertentu, saya percaya beliau akan menghadapi kesukaran untuk berbuat demikian,”katanya ketika diminta mengulas kedudukannya yang diambil alih oleh Mohammad Khaled.

Mesyuarat MKT malam tadi membuat keputusan melantik Mohammad Khaled yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menggantikan Hasni.

Ditanya adakan keputusan tersebut adil kepada dirinya, Hasni menambah, beliau seperti dibuli setelah melakukannya yang terbaik dengan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan majoriti yang besar.

“Saya sedaya-upaya memberikan yang terbaik sejak menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor pada tahun 2018 dan mengetuai PRN Johor pada tahun lalu dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Neger(DUN),” ujarnya.

Menurut beliau, memandangkan perkara ini baru, Hasni tidak menyifatkanya akan menjatuhkan UMNO Johor, tetapi pemimpin baru (Pengerusi Badan Perhubongan UMNO) perlu memangggil mesyuarat.

Katanya, setelah UMNO memenangi 34 kerusi daripada 40 kerusi BN pada PRN Johor, UMNO perlu mempertahankan kedudukan tersebut dan terus memperkukuhkan kekuatannya pada masa depan.

Jelas beliau, cabaran ketika ini adalah untuk menyakinkan ahli-ahli diperingkat akar umbi kerana UMNO selalu dapat diselamatkan daripada musibah tetapi jangan sampai bencana berulang kembali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI