fbpx

Pihak pertikai khidmat pakar HDB Singapura hipokrit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) menyaksikan penukaran memorandum persefahaman pada Majlis Penyerahan Kunci Residensi Kepayang di Ipoh hari ini.

IPOH – Pihak yang mempertikaikan keputusan kerajaan yang mahu menggunakan khidmat pakar perunding daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB)  disifatkan sebagai hipokrit.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ini kerana pihak itu sendiri yang membuat lawatan ke Singapura untuk belajar daripada HDB di negara itu.

“Sebenarnya pihak yang membangkitkan isu ini adalah hipokrit kerana merekalah yang membuat lawatan ke Singapura untuk belajar daripada HDB, tapi mereka gagal untuk belajar, tapi apabila kita nak belajar, mereka buat pula komen-komen yang tidak senonoh.

“Ini menunjukkan mereka bersikap double standard. Saya yakin pegawai-pegawai kementerian kita ada kepakaran sendiri, tapi kita juga ada kelemahan yang boleh diperbaiki,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Kunci Residensi Kepayang di sini hari ini.

Kor Ming berkata berkata, perkongsian ilmu dan kepakaran dalam apa jua bidang dengan negara lain sentiasa dialu-alukan malah Malaysia dan Singapura bukan sahaja negara berjiran. tetapi dua negara itu juga dalam komuniti Asean.

Ujarnya, sejak tahun 1970-an lagi Malaysia banyak mengadakan kerjasama menerusi kerjasama  ‘government to government’ bukan sahaja bersama Singapura tetapi juga dengan Thailand dan Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI