fbpx

Curi duit suami, mentua wanita diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek berusia 37 tahun itu diberkas Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (D4) IPD Melaka Tengah semalam.

MELAKA – Seorang wanita diberkas polis selepas dipercayai melarikan barang kemas serta wang tunai milik suami dan ibu mentuanya bernilai RM520,00,00 di Batu Berendam, di sini, Rabu lalu.

Suspek berusia 37 tahun itu diberkas Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah kira-kira pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis menerima laporan daripada pengadu yang juga merupakan suami suspek pada 4 Januari lalu memaklumkan wang di dalam dua peti besi disimpan di rumahnya di Alai berjumlah RM520,000 telah hilang.

Katanya, di dalam peti tersebut juga mempunyai wang tunai yang tidak pasti jumlahnya dan barang kemas milik ibu pengadu.

“Pengadu menyedari kejadian selepas pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur dan mengesyaki kesemua wang dan barang kemas itu telah dilarikan oleh isterinya.

“Pengadu menjalankan perniagaan pinjaman wang berlesen dan difahamkan mempunyai masalah rumah tangga dengan suspek,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota telah membuat serbuan dan menangkap suspek di sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam, Rabu lalu.

“Hasil soal siasat suspek tidak mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan ada membuat laporan penafian di Balai Polis Kandang menyatakan telah membuat pemulangan dokumen simpanan tetap (fixed deposit).

“Ipar suspek ada juga membuat laporan polis mengenai pemulangan wang tunai berjumlah RM280,000 yang diterimanya daripada suspek di stesen minyak di Semabok,“ katanya.

Tambahnya, suspek bagaimanapun menafikan pemulangan wang tunai tersebut dan mendakwa ia hanya dokumen fixed deposit.

Christopher berkata, suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI