fbpx

Bunuh pengedar dadah, dua pengawal keselamatan berdepan tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ishardy (dua kanan) dan Muhammad Yazzid Mohd. Yusoff, 31 (dua kiri) ketika hadir bagi pertuduhan membunuh pengedar dadah di Mahkamah Majistret Telok Datok, Kuala Langat di sini. FOTO: AFIQ RAZALI

KUALA LANGAT – Dua pengawal keselamatan berdepan hukuman gantung sampai mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh pengedar dadah, minggu lalu.

Kedua-dua tertuduh, Ishardy Shamudin, 41, dan Muhammad Yazzid Mohd. Yusoff, 31, yang masing-masing memakai pakaian lokap hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama telah membunuh M. Saravana Kumar, 24, di tepi jalan Haji Wahab, Kampung Olak Lempit, Banting di sini di antara pukul 10 hingga 11 malam pada 11 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ermadieyani Ismadi, manakala Ishardy diwakili Peguam Nik Muhammer Hurrie Muhamad Sukri dan peguam R. Sritheran pula mewakili Muhammad Yazzid.

Sebutan semula kes pada 27 Februari depan.

Kosmo! pada 19 Januari lalu melaporkan cubaan seorang lelaki mengedar dadah di sekitar daerah ini berakhir dalam keadaan tragis apabila dia mati dipukul menggunakan objek keras dalam pergaduhan di sebuah kedai runcit sekitar Olak Lempit, Banting.

Lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 16 Januari lalu selepas dirawat selama lima hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI