fbpx
Video tular yang memaparkan seorang lelaki warga emas mengetuk cermin kereta dengan batu di lokasi kejadian.

Warga emas ketuk cermin kereta guna batu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lelaki warga emas yang juga suspek kes pembuli jalan raya yang tular memegang batu bata di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong, di sini, bulan lalu telah ditahan.

Lelaki berusia 63 tahun berkenaan ditahan ketika datang membuat laporan mengenai insiden tular itu di Balai Polis Sentul pada pukul 3 petang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Heisham Harun berkata, semakan rekod dilakukan terhadap suspek mendapati dia yang bekerja sebagai pemandu van mempunyai empat rekod jenayah.

Menurut Heisham, pihaknya terdahulu menerima satu laporan daripada seorang ejen hartanah lelaki yang juga mangsa kejadian itu pada pukul 2.20 petang, semalam.

“Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta Perodua Bezza di Jalan Metro Prima dan terdapat sebuah lori yang menghalang laluan.

“Ekoran itu, sebuah kereta yang berada di belakang keretanya kemudian membunyikan hon dan memaksa mangsa meneruskan pemanduan.

“Namun, suspek memaki hamun mangsa menggunakan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya mengangkat tangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di lampu isyarat Jalan Metro Prima 1, suspek datang semula ke arah keretanya sambil membawa batu dan mengetuk cermin hadapan serta tepi kanan kenderaannya selain membaling batu ke arah bumbung kereta mangsa.

“Sehubungan itu, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular video mengenai Insiden tersebut apabila seorang lelaki memegang batu bata dana mengetuknya pada cermin sebuah kereta di sebuah lampu isyarat.

Video berdurasi 28 saat yang dimuat naik di media sosial telah tular dan mendapat perhatian orang ramai. – KOSMO! ONLINE

POPULAR