fbpx

PRN: PH P. Pinang belum terima jemputan rasmi Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON Yeow (tengah) ketika menggaul yee sang di Majlis Rumah Terbuka Kadun Padang Kota di Lee Kongsi, George Town, di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow masih belum menerima jemputan rasmi daripada Pas yang dikatakan mahu mengadakan perbincangan dengan negeri-negeri Pakatan Harapan (PH) untuk menetapkan tarikh pilihan raya negeri (PRN).

Kon Yeow berkata, beliau sendiri terkejut apabila membaca berita mengenai jemputan daripada Pas untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin negeri PH agar tarikh PRN di enam negeri dapat dilaksanakan serentak.

“Saya terkejut apabila dikatakan akan ada satu perbincangan tidak rasmi, saya belum terima (jemputan daripada Pas).

“Memang kita pernah bincang untuk menyelaraskan tarikh-tarikh PRN di negeri PH dan Pas, kita juga memang suarakan sebelum ini sebaik-baiknya enam negeri laksanakan PRN pada tarikh dan tempoh yang sama,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kadun Padang Kota di Lee Kongsi, di sini hari ini.

Sebelum ini, Pas dilaporkan akan berbincang dengan tiga negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) untuk menetapkan supaya tarikh PRN yang akan berlangsung nanti dapat diadakan serentak bersama Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata perbincangan itu dijangka berlangsung minggu depan bersama menteri besar dan ketua menteri tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Pada PRU-15, enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh kelak.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata, sebelum ini para Menteri Besar dan Ketua Menteri akan berjumpa dan berbincang secara tidak rasmi ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan.

“Perjumpaan yang akan berlangsung dalam masa terdekat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah seminggu sebelum Bajet 2023 dibentangkan, di mana mesyuarat Majlis Raja-Raja akan diadakan.

“Jadi di situlah akan berlangsung mesyuarat secara langsung dan tidak langsung antara Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Menteri Besar pada minggu itu,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI