fbpx

Pekerja restoran trauma serangan ‘bom lipas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Williams mengugut bekas majikannya dengan meletakkan lipas dalam kuantiti yang banyak di dalam premis berkenaan. – Getty Images

LONDON – Tindakan seorang bekas pekerja sebuah restoran di Britain meletakkan ‘bom lipas’ di premis tersebut membuatkan kakitangan lain   tertekan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Tony Williams, 25, dikatakan bertindak demikian sebagai membalas dendam terhadap bekas majikannya kerana tidak berpuas hati mengenai pembayaran gaji.

Bekas cef pub Royal William IV di Lincoln itu dikatakan mengugut bekas majikannya dengan meletakkan lipas dalam kuantiti yang banyak di dalam premis berkenaan.

Pendakwa raya David Eager ketika perbicaraan di mahkamah berkata, tertuduh telah memasuki dapur pub tersebut dan melepaskan ‘bom’ yang dipenuhi dengan serangga itu, menyebabkan  pekerja lain berdepan kesukaran.

“Dia memasuki premis berkenaan dan melepaskan sejumlah lipas. Ia merupakan spesies lipas luar negara yang digunakan untuk diberi makan kepada ular dan tarantula,” kata Eager.

Ekoran tindakan Williams, kakitangan pub tersebut dilaporkan terpaksa memanggil perkhidmatan kesihatan dan kawalan serangga selain premis tersebut terpaksa ditutup.

“Kesan daripada tindakan tertuduh adalah meluas kerana ia bukan sahaja menjejaskan  kewangan syarikat, bahkan seluruh pasukan Royal William terutamanya kru dapur,” demikian menurut kenyataan mahkamah.

Williams yang sepatutnya dibicarakan pada 21 November tahun lalu bagaimanapun tidak menghadiri perbicaraan tersebut. Dia  mengemukakan pengakuan bersalah pada 28 November 2022.

Tertuduh  yang mempunyai empat kesalahan lampau  diberitahu bahawa dia bersikap amat tidak matang meskipun sudah  berusia 25 tahun.

Hakim Catarina Sjolin Knight menjatuhi hukuman penjara 17 bulan yang tertangguh selama dua tahun terhadap lelaki tersebut. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI