fbpx

Beby Tsabina menangis kena makan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBY TSABINA

PELAKON Beby Tsabina menangis di lokasi penggambaran gara-gara terpaksa makan buah durian untuk menjayakan salah satu babak dalam sebuah filem terbaharu lakonannya.

Ketika menjalani penggambaran filem Scandal Makers bersama aktor, Vino Bastian, Beby yang tidak menyukai durian terpaksa makan raja buah tersebut demi menjayakan salah satu babak dalam filem itu.

Kerana tidak tahan dengan aroma dan rasa buah durian yang kuat, Beby akhirnya menangis kerana gagal menelan buah tersebut.

“Saya memang tidak suka dengan buah durian dan menangis kerana tidak tahan dengan bau dan rasanya,” ujar Beby.

Meskipun tidak menggemarinya, pelakon berusia 20 tahun itu tetap menjalankan tugas sebagai pelakon dan meneruskan penggambaran babak menikmati durian sehingga selesai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI