fbpx

ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bakar al-Quran di Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan membakar al-Quran di Sweden mendapat bantahan keras umat Islam. Gambar fail

PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadab ahli politik Sweden, Rasmus Paludan, yang membakar al-Quran, kelmarin.

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, dalam satu kenyataannya berkata, tindakan provokasi tersebut jelas merupakan jenayah kebencian dan lebih mendukacitakan ia dilakukan selepas mendapat kelulusan permit daripada Kerajaan Sweden sendiri.

“Pihak kami mendesak agar Kerajaan Sweden mengambil tindakan keras terhadap penjenayah tersebut di samping mengambil langkah-langkah drastik pada masa akan datang bagi mengelakkan merebaknya Islamofobia di Sweden.

“Selain itu, ABIM juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Sweden yang mengizinkan pembakaran Al-Quran secara sengaja atas nama kebebasan bersuara,” katanya.

Tambah ABIM, pihaknya menekankan kepentingan dialog, kempen kesedaran dan pendidikan bagi menyuburkan budaya damai, sifat toleransi, saling menghormati dan persefahaman bersama.

Ujarnya, sejak 2014, ABIM turut konsisten menggerakkan pelbagai penerbitan, forum, wacana serta program berkait dengan Mencegah serta Menangani Keganasan Melampau (Preventing/Countering Violent Extremism) dengan kerjasama pelbagai pihak.

“ABIM turut menyeru agar Pertubuhan Negara-Negara Islam mengeluarkan amaran keras terhadap Sweden bagi menunjukkan bahawa masyarakat Islam antarabangsa tidak berdiam diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI