fbpx

‘Topless’ bersukan sahaja, bukan untuk tontonan awam – Alif Satar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF SATAR menegaskan, dia tidak terlibat dengan mana-mana babak panas dalam filem Pulau dan mempunyai pendirian tersendiri sebagai seorang pelakon. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – Selebriti versatil, Alif Satar kekal dengan pendirian tidak terlibat dengan sebarang perkara di luar norma dalam filem sensasi, Pulau yang kecoh diperkatakan.

Alif atau nama lengkapnya, Muhammad Alif Mohd Satar berkata, sebagai anak seni yang ‘bersih’ daripada kontroversi murahan, dia hanya menjalankan tanggungjawab berlakon dalam filem terbabit tanpa melanggar prinsipnya.

“Pengarah ada minta saya lakonkan adegan tak sesuai dengan reputasi dan saya katakan ‘tidak’.

“Saya tak boleh dan ada benda yang kita ‘adjust’ (ubah). Kalau ‘topless’ (tak berbaju) untuk adegan mandi laut, saya cakap ‘no’. Artis lain, itu terpulang mereka dan saya tak kisah.

“Kalau tengok poster filem tersebut, sayalah orang yang paling ‘overdressed’. ‘Topless’ untuk bersukan macam saya sertai Ironman. Bukan untuk tontonan awam,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Sebagai seorang Muslim, Alif bertegas, cukup sedar batas-batas yang perlu dijaga demi mengelakkan perihal berbaur fitnah dan melanggar sensitiviti agama.

“Mestilah (ada pendirian). Kita orang Islam. Sebelum kerja, kita baca skrip teliti apa semua.

“Walaupun karakter yang kita mainkan dalam filem tiada kena-mengena dengan ‘who I am as a person’ (siapa diri saya sebenar dalam kehidupan realiti).

“Contoh semasa saya berlakon dengan Ummi Nazeera dalam Risik Pada Hati. Orang marah terhadap watak, padahal dalam kehidupan sebenar, saya bukan macam tu pun (ketawa).

ALIFF & THE LOCOS mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah pada AJL37 yang akan berlangsung pada 12 Februari bulan hadapan. – SADDAM YUSOFF

“Akan ada banyak pendapat tapi saya seorang pelakon profesional. Kalau tak selesa nak buat, saya terus cakap kepada pengarah yang saya tak nak buat.

“Orang lain, mereka punya pasal. Saya pun tak nak hakimi. Siapa saya nak menghakimi orang. Saya letakkan kepada pihak produksi bagaimana nak promosikan filem ini. Itu tugas mereka,” ujarnya lagi.

Tambahnya, soal keputusan sama ada Pulau akan ditayangkan ataupun perlukan pemotongan babak, semua itu terpulang kepada pihak bertanggungjawab seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Lembaga Penapis Filem (LPF).

“Kalau orang kecam dan berasakan benda (filem) ini tak sepatutnya keluar, itu saya serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab macam Finas, LPF, produser ataupun pelakon terlibat menjayakan babak diperkatakan ramai,” katanya.

Terdahulu, filem Pulau terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio arahan Euho mencetuskan polemik apabila trailer dimuat baik mengandungi adegan panas, selain menampilkan pelakon wanita berbikini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI