fbpx

Kim mahu jadi seperti Neelofa, Hawa Rizwana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GADIS berdarah kacukan Bidayuh Iban ini pernah kemurungan bertahun-tahun kerana kehilangan sahabat baik akibat kemalangan jalan raya.

BIARPUN terpaksa berjauhan dengan keluarga, ia tidak mematahkan nekad gadis berdarah kacukan Bidayuh Iban ini untuk
menuntut ilmu dan mencapai cita-citanya menjadi wartawan berkualiti.

Kimberly atau mesra disapa Kim memberitahu, dia kini gigih menuntut ilmu bagi mempersiapkan dirinya sebelum melangkah
ke dunia penuh cabaran itu.

Ikuti temu bual Kim bersama Kosmo! Ahad.

KOSMO! AHAD: Ceritakan mengenai latar belakang anda.

KIM: Saya Kimberly Anak Dickson berasal dari Kuching, Sarawak. Saya dilahirkan pada 6 November 2001 dan berumur 22
tahun. Saya sedang menuntut di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana
Muda Komunikasi Massa dan Pengajian Media (Kewartawanan).

Apa yang orang tak tahu tentang anda?

Ramai ingat saya seorang lemah lembut, tetapi saya minat aktiviti lasak seperti ATV ride, hiking, flying fox, wall climbing dan banyak lagi.

Ada bakat terpendam dan kecenderungan?

Saya boleh menyanyi tapi cuma sekadar hobi. Pada mulanya saya cenderung dalam bidang sains sukan sejak berusia 16
tahun sebelum lebih gemar kepada komunikasi seperti pengacaraan dan juga kewartawanan.

Mengapa minat jadi wartawan?

Ia banyak cabaran. Lebih teruja apabila saya dapat sambung pelajaran di peringkat ijazah.

Siapa idola anda?

Saya kagum dengan bakat Ashwad Ismail, Neelofa dan Hawa Rizwana.

Pendapat mengenai dunia wartawan?

Wartawan bertindak sebagai ejen penyampai maklumat sahih dan menyatupadukan rakyat. Kewartawanan baik dalam dilihat
ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 dan Piala Dunia Qatar 2022.


KIM mahu menjadi wartawan berkualiti suatu hari nanti.

Apakah definisi cantik?

Jika kita sentiasa positif dan bersangka baik, ia membentuk diri kita untuk menjadi insan yang cantik luaran dan dalaman.

Ciri-ciri lelaki idaman?

Tidak merokok, hormat orang tua, menerima kekurangan serta kelebihan saya dan romantik.

Aktiviti di masa lapang?

Beriadah bersama rakan-rakan, menyanyi, membaca buku dan bersiar-siar.

Apa cabaran terbesar yang pernah Kim hadapi?

Tidak dapat menyesuaikan diri di Semenanjung ketika mula-mula sampai. Namun, dengan ada bantuan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga, saya kini selesa di sini.

Pengalaman manis dan pahit dalam hidup?

Semua keluarga berkumpul meraikan kejayaan saya dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Pengalaman pahit apabila saya kemurungan bertahun-tahun kerana kehilangan kawan rapat akibat nahas jalan raya.

Apa azam anda tahun ini?

Belajar bersungguh-sungguh dan aktif di dalam kampus untuk menjadi mahasiswa gemilang dalam kurikulum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI