fbpx

Syarikat induk Google, Alphabet buang 12,000 pekerja seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Bay View Google di Mountain View, California. - John G Mabanglo/EPA

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Syarikat induk Google, Alphabet dilaporkan akan mengurangkan 12,000 tenaga kerjanya di seluruh dunia, lapor akhbar The Guardian semalam.

Ia akan menjadi firma teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) terbaharu yang bertindak mengurangkan tenaga kerja selepas ledakan pengambilan pekerja berkaitan pandemik Covid-19.

Ketua EKsekutif Alphabet, Sundar Pichai berkata, pemberhentian pekerja itu dilakukan susulan ‘semakan rapi’ terhadap perniagaan syarikat.

Keputusan itu dibuat beberapa hari selepas langkah sama diambil Microsoft untuk mengurangkan 10,000 tenaga kerja akibat peralihan dalam tabiat perbelanjaan digital dan kelemahan dalam ekonomi global.

Menurut Pichai, pemberhentian pekerja itu menjejaskan kira-kira enam peratus daripada 187,000 tenaga kerja Alphabet yang diumumkan menerusi e-mel kepada kakitangan Google.

Mengulangi kenyataan baru-baru ini oleh rakan kongsi syarikat itu, Pinchai menyatakan bahawa perniagaan Alphabet telah berkembang secara berlebihan semasa kemuncak pandemik, apabila permintaan untuk perkhidmatan dan produk digital meningkat.

“Sejak dua tahun lalu kami telah menyaksikan tempoh pertumbuhan yang dramatik. Bagi memadankan dan memacu pertumbuhan itu, kami mengupah pekerja untuk realiti ekonomi yang berbeza daripada yang kami hadapi hari ini,” tulisnya.

Pichai berkata, pengurangan tenaga kerja itu akan ‘merentasi Alphabet, lingkungan produk, fungsi, tahap dan wilayah’. Di bawah Google, syarikat itu juga menaungi YouTube dan sistem pengendalian mudah alih, Android.

Pengurangan tenaga kerja lain dalam industri teknologi AS dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk Amazon (18,000 orang), induk Facebook, Meta (11,000 orang) dan syarikat perisian perniagaan Salesforce (8,000 orang). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI