fbpx

Semua barang turun harga kecuali makanan di kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dilaksanakan Bank Negara sejak tahun lalu berjaya menstabilkan semula tekanan inflasi negara.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, berdasarkan kadar inflasi semasa yang akan diulas beliau pada Rabu ini, kebanyakan segmen barangan dan perkhidmatan telah menunjukkan penurunan harga.

Begitupun, beliau yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di sini hari ini memberitahu, satu-satunya segmen masih tidak turun ialah harga makanan yang dijual di premis makanan.

Sehubungan itu, Rafizi menyarankan peniaga premis makanan membantu mengurangkan beban sara hidup rakyat dengan menurunkan semula harga jualan mereka.

Tambah beliau, harga makanan yang dijual tersebut perlu sejajar dengan kos bahan mentah yang sudah mengalami penurunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI