fbpx

Gangguan sihir, sakit misteri artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz pernah diganggu sihir, sementara Andi Bernadee serta Shila Amzah juga turut berdepan sakit misteri.

DUNIA semakin moden dan canggih, namun masih ada lagi segelintir pihak menggunakan ilmu sihir sebagai jalan pintas untuk penyelesaian dendam dan mengubat sakit hati.

Golongan selebriti juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa sihir individu yang berasa kurang senang dengan niat menjatuhkan atau memusnahkan kebahagiaan orang lain,

Terbaharu, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah mendedahkan rumah tangga mereka terkena gangguan sihir pemisah.

Kata Bella, gangguan diterima selama lebih sebulan itu dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.

Selain Bella dan Aliff, beberapa artis lain termasuk Aidit Noh turut mendedahkan terkena ilmu sihir sehingga menjejaskan rumah tangga dan kerjaya sebagai anak seni.

Aidit Noh

Pelakon dan model Aidit Noh mendedahkan tindakannya memadam gambar-gambar isteri, Hanani dalam laman sosial bagi mengelakkan diganggu sihir pemisah.

Aidit yang mendirikan rumah tangga bersama Nur Atiqah Hanani pada Mei 2021, menyedari hubungan dengan isterinya agak ‘panas’ dan sering bergaduh setiap kali berkongsi gambar mesra.

AIDIT NOH

Enggan rumah tangganya musnah gara-gara sihir pemisah itu, Aidit membuat keputusan untuk berubat.

Biarpun sudah sembuh dan tahu identiti pelaku, pelakon drama Dosa Seorang Isteri itu enggan memanjangkan isu berkenaan.

Shila Amzah

Sekitar Disember lalu, penyanyi Shila Amzah mengakui jarang keluar rumah bagi mengelakkan daripada terkena gangguan sihir.

Shila mendedahkan dia sering jatuh sakit selepas tamat program Gegar Vaganza dan kini sedang mendapatkan rawatan secara moden dan tradisional.

Penyanyi lagu Jauh Hati memberitahu, sakit misteri yang dialaminya sukar digambarkan dan tidak menunjukkan perubahan selepas berjumpa doktor.

Perkara itu membuatkan dia berasa mungkin ada ‘benda lain’ yang mengganggu dirinya.

Raja Afiq

Perubahan bentuk badan pelakon Raja Afiq menjadi sorotan netizen apabila kelihatan kurus kering dan cengkung, jauh berbeza dengan penampilannya sebelum ini.

Raja Afiq mendedahkan dia berdepan dengan masalah kesihatan akibat terkena gangguan sihir.

RAJA AFIQ

Pemilik nama sebenar, Raja Muhammad Afiq Raja Razal itu susut berat badan secara mendadak dan turut mengalami masalah buang air besar berdarah.

Pelakon drama Sayang Ku Kapten Mukhriz itu berkata, terdapat individu yang mahu menyekat rezekinya dalam industri seni.

Andi Bernadee

PENYANYI Andi Bernadee mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir sehingga menjejaskan kesihatan dan membuatkan dirinya berada di luar kawalan.

Pelantun lagu Donde itu berdepan gangguan sekitar Februari tahun lalu mengakibatkan dia berkelakuan seperti orang tidak normal.

Pemilik nama Andi Azrul Andi Mapangile turut berkongsi video menunjukkan dua paku karat dalam mangkuk berisi kuning telur dan bangkai katak yang sudah kering.

Andi terpaksa berehat daripada media sosial ketika proses rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI