fbpx

Warga emas tinggal seorang diri dibunuh, samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah didiami mangsa, Misah Md. Amin, 91, di Kampung Pulai Darat, Merlimau, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

JASIN – Seorang warga emas berusia 91 tahun ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kilometer 16 Kampunh Pulai Darat, Merlimau, di sini, awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Misah Md. Amin, 91, tinggal seorang diri di rumah tersebut dan kejadian disedari oleh seorang lelaki warga Indonesia yang menyewa di pekarangan sama.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam pada pukul 3.54 pagi.

“Satu laporan diterima mengatakan ada satu kejadian samun sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Kampung Pulai Darat.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut dan menemui mangsa iaitu seorang warga emas berusia 91 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil risikan pihak polis serta maklumat daripada orang awam, seorang suspek berusia 20 tahun berjaya diberkas di kawasan sama pada pukul 8 pagi.

“Suspek merupakan penganggur dan mempunyai tiga rekod lampau termasuk kes samun di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI