fbpx

Ribuan telur pecah, lori terbalik di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan telur yang pecah dan bertaburan di Kilometer 242.6, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini hari ini. - IHSAN POLIS

REMBAU – Sebuah lori membawa muatan telur ayam terlibat dalam kemalangan di Kilometer 242.6, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, di sini hari ini.

Kemalangan itu menyebabkan telur yang berada dalam lori tersebut bertaburan dan pecah di atas lebuh raya selain insiden itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, berdasarkan maklumat awal yang diterima kira-kira pukul 9.11 pagi, kemalangan membabitkan sebuah lori yang dipandu di lorong kiri hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.

“Lori berkenaan terbalik di lorong tersebut. Pemandu lori iaitu lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, kesesakan lalu lintas bagi arah utara berpanjangan dalam tempoh kira-kira dua jam bagi tujuan pembersihan lokasi kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI