fbpx

Isu paip rosak di Gombak selesai Mac, Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) ketika pertemuan bersama Air Selangor, hari ini.

SHAH ALAM – Kekerapan masalah paip pecah yang mengakibatkan gangguan bekalan air di sekitar Gombak dijangka selesai pada Mac dan Oktober depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, tindakan penyelesaian itu dimaklumkan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi satu pertemuan khas pagi tadi.

Katanya, perbincangan itu meliputi taklimat dan penjelasan berkaitan situasi terkini keadaan paip di jajaran Prima Sri Gombak dan kawasan berdekatan.

“Air Selangor memaklumkan bahawa paip jenis Asbestos Cement (AC) itu telah berusia lebih 20 tahun dan dianggap usang.

Keadaan itu cenderung kepada kebocoran atau rosak akibat tekanan air tinggi sekali gus menyebabkan gangguan sering berlaku,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Kosmo!Online selasa lalu melaporkan sebanyak 15 kawasan sekitar Gombak akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Jalan Prima SG 2, Prima Sri Gombak.

Jelas Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak, tindakan segera diambil bagi menyelesaikan masalah itu daripada berlarutan dengan penyelesaian jangka pendek adalah menerusi pemasangan ‘valve’ oleh Air Selangor bagi mengurangkan kawasan gangguan yang dijangka selesai selewat-lewatnya Mac ini.

“Bagi jangka panjang pula melibatkan proses pertukaran paip lebih baharu dan berkualiti. Proses ini dijangka selesai selewat-lewatnya Oktober nanti,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI