fbpx

Mala halal gamit penggemar masakan pedas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelbagai jenis menu rebusan seperti daging, makanan laut dan sayur-sayuran enak dimakan bersama lada mala.

LADA mala merupakan antara elemen yang paling sinonim digunakan masyarakat Sichuan dari China dalam menghasilkan menu yang pedas dan lazat.

Kepedasan lada mala itu yang adakalanya mampu membuatkan lidah menjadi kebas sering disajikan bersama menu rebusan seperti daging dan sayur-sayuran yang dimasak dalam periuk panas (hotpot).

Masakan lada mala yang mula memikat hati penduduk di negara ini lantas mendorong sebuah anak syarikat milik XLK Group untuk memperkenalkan restoran Mala Mini Hotpot (MMHP) yang merupakan rangkaian restoran premium yang menyajikan masakan mala halal di negara ini.

Pengerusi Kumpulan MMHP, Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang merupakan Tengku Laksamana Selangor berkata, setiap bahan masakannya diterbangkan khas dari China supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman sebenar hidangan asli budaya masyarakat Sichuan.

“Walaupun kini banyak restoran hotpot mala dibuka di Malaysia, kebanyakannya tidak halal, menyebabkan pelanggan Muslim tiada pilihan untuk menikmati hidangan unik Sichuan ini.

“Memandangkan terdapat permintaan daripada masyarakat Muslim, maka ini menjadi motivasi kami untuk membawa masuk rempah ratus dan juga bahan asli menu mala untuk dinikmati semua rakyat,” ujarnya.

Beliau menambah, terdapat pelbagai pilihan daging seperti daging cili dan daging hiris premium Australia, makanan laut, sayur-sayuran dan juga mi yang disajikan bersama kuah mala pedas yang pastinya memikat selera.

Restoran Mala Mini Hotpot (MMHP) memberi kelegaan kepada peminat masakan itu dalam kalangan Muslim untuk menikmatinya tanpa was-was.

Namun, buat mereka yang tidak makan makanan pedas pula, mereka masih boleh memilih dua jenis kuah lain iaitu tomato ataupun ayam.

Bagi seleksi minuman pula, MMHP menawarkan minuman berperisa buah-buahan seperti kiwi, laici dan strawberi serta teh susu boba.

Bagi pilihan sos celupan, rangkaian restoran itu menawarkan pelbagai pilihan sos celupan yang boleh disesuaikan dengan cita rasa pelanggan.

Harga bagi satu set mini mala hotpot untuk dua orang bermula daripada RM58.

Jelas Tengku Sulaiman Shah Al-Haj, beliau teruja apabila melihat sambutan dalam kalangan pelanggan yang datang ke premis itu untuk mencuba sendiri menu mala hotpot.

“Hidangan berkonsepkan hotpot ini mungkin popular bagi budaya lain di Malaysia, namun kurang dikenali oleh sebilangan besar Muslim.

“Bagaimanapun, dalam bab makanan, rakyat Malaysia sememangnya gemar mencuba sesuatu yang baharu terutamanya masakan berperisa baharu dengan pengalaman yang unik.

“Justeru, pelanggan Muslim kami serta pelanggan daripada pelbagai bangsa dan agama kini boleh menikmati sajian menu baharu ini tanpa perlu bimbang akan status halalnya,” terangnya.

Pelanggan yang berminat untuk menikmati menu mala hotpot ini boleh berkunjung ke cawangannya yang terletak di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya dan pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI