fbpx

Lipas mati dalam minuman popular, pekerja tuduh pelanggan sengaja letak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor lipas ditemui dalam minuman yang dibeli dari sebuah restoran popular.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook, Amira Azira meluahkn rasa geram apabila minuman yang dibeli adiknya dari sebuah restoran terkemuka dunia bercampur dengan lipas.

Lebih menyakitkan hati, pekerja di restoran berkenaan seolah-olah menuduh adiknya itu sengaja meletakkan lipas di dalam minuman tersebut.

“Kesian adik aku. Beli beli ada lipas. Lepas itu bila datang mengadu cakap tak logik ada lipas dalam itu (minuman).

“Kemudian acah lah konon nak cakap adik aku letak? Tak ada otak ke korang (anda)? Tak akan dia nak letak, buat apa?,” soalnya.

Menurut Amira, pekerja tersebut langsung tidak tampil memohon maaf kepada mereka dan bertegas menyalahkan pelanggannya soal insiden yang berlaku itu.

“Sedang kan korang tengok lah air itu pun dah nak habis dia (adik) minum.

“Selepas itu datang situ say sorry (cakap maaf) pun tak lagi nak beriya.

“Sesiapa peminat air mahal ini hati-hati lah ya. Sebab bak kata pekerja itu dah minum ke baru perasan. Memang lah baru perasan, kalau binatang itu pun dekat bawah, warna pun lebih kurang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI