fbpx

[VIDEO] Lelaki sakit mental mengamuk, acu pisau pada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki mengamuk sambil membawa sebilah pisau di kawasan pangsapuri, Taman Lembah Maju, Pandan Indah pagi tadi.

AMPANG – Seorang lelaki yang mengalami sakit mental ditahan setelah mengamuk serta mengacukan sebilah pisau pemotong daging ke arah polis di kawasan pangsapuri, Taman Lembah Maju, Pandan Indah, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkenaan lelaki mengamuk dengan membawa sebilah pisau di kawasan kediaman tersebut sekitar pukul 10.51 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) bergegas ke lokasi kejadian dan menangkap suspek lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu.

“Susulan daripada tangkapan terbabit, kami turut merampas sebilah pisau pemotong daging berhulu kayu dengan lilitan tali rafia, panjang lebih kurang 30 sentimeter (cm),” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Farouk, suspek bekerja sebagai tukang gunting rambut merupakan seorang pemegang kad sakit mental dan mempunyai rekod serta sedang menjalani rawatan di wad kuning psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Suspek telah dirujuk ke HKL sebaik sahaja tangkapan dibuat manakala, ujian saringan air kencing akan dijalankan selepas rawatan selesai.

“Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI