fbpx

Gagal seludup masuk lebih 463 kotak mercun, bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMISAN (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan mercun dan bunga api ketika sidang akhbar di sini hari ini. Gambar/IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Cubaan menyeludup masuk 463 kotak mercun dan bunga api pelbagai jenama dengan berat melebihi 1.6 tan sempena Tahun Baharu Cina gagal selepas penahanan tiga lelaki di sebuah premis perniagaan di George Town di sini, 9 Januari lalu.

Ketiga-tiga lelaki berusia 30 hingga 42 tahun itu ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) Pulau Pinang dalam satu serbuan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Pengarah Kastam negeri, Hamisan Kalip berkata, semasa serbuan dijalankan, ketiga-tiga lelaki terbabit sedang memunggah dagangan tersebut ke dalam sebuah lori.

“Mercun serta bunga api pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam itu dianggarkan bernilai RM87,010 dengan duti dan cukai terlibat berjumlah RM56,556.50.

“Siasatan mendapati, mercun dan bunga api itu dibawa masuk melalui salah sebuah negara di Asia Tenggara dengan menggunakan pengangkutan darat,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar hari ini.

Jelas beliau lagi, siasatan lanjut mendapati, modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan membawa masuk mercun dan bunga api itu melalui jalan darat tanpa membuat pengikraran yang sah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI