fbpx

Tukang paip maut kemalangan, kereta tercampak dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Muhammad Arif Marwan yang remuk teruk akibat terjunam ke dalam parit berhampiran Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang paip maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjatuh ke dalam sebuah parit di Kampung Padang Midin di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Arif Marwan Ismail, 24, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Kakak mangsa, Ainul Mardiah, 29, berkata, sewaktu kejadian, adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Sungai Rengas di sini.

“Sebelum kejadian, saya dan ahli keluarga lain telah terserempak dengan arwah adik (Muhammad Arif Marwan) bersama rakan-rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kejadian.

“Kami sempat bersapa dengan adik sebelum beredar awal. Saya dimaklumkan arwah terlibat dalam kemalangan pada pukul 2 pagi tadi,” katanya di sini hari ini

Ainul Mardiah berkata, mereka sekeluarga bergegas ke lokasi kejadian sebaik tiba mengetahui berita kemalangan tersebut.

Tambahnya, dia dah ahli keluarga sebak menyaksikan Muhammad Arif Marwan yang merupakan anak keenam daripada beradik tersebut sudah meninggal dunia di dalam keretanya yang remuk teruk di dalam parit berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI