fbpx

OCBC menjangkakan KDNK lebih rendah pada 4.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar inflasi dijangka meningkat pada tahun ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) secara keseluruhan pada tahun ini dijangkakan lebih rendah dan diramalkan berada pada paras 4.6 peratus lebih rendah daripada kadar 6.9 peratus yang mungkin dicatatkan pada 2022.

Ketua Ahli Ekonomi OCBC, Selena Ling berkata, pertumbuhan ini akan memberikan cabaran lebih besar kepada kerajaan baharu Malaysia dan dilihatkan mereka berkemungkinan tidak banyak pilihan kecuali melaksanakan dasar fiskal yang agak longgar. 

Menurut beliau, daripada aspek perbelanjaan, pihaknya melihat beberapa langkah dalam belanjawan yang akan diambil untuk meredakan kenaikan kos sara hidup termasuk pembayaran tunai. 

“Kemungkinan potongan subsidi pembelian minyak dan makanan juga tidak mungkin dilaksanakan dalam jangka pendek,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Selain itu, mengenai dasar wang,  kebimbangan tentang inflasi mungkin berterusan pada ini meskipun dari segi perbandingan tahunan, kadar inflasi utama mungkin tidak seteruk yang dijangka. 

“Kemungkinan berlakunya pemotongan subsidi lebih rendah tetapi ia akan menjadi salah satu daripada risiko utama yang perlu dipertimbangkan oleh Bank Negara. Justeru, kita terus melihat bahawa terdapat risiko bank-bank pusat mungkin lebih cenderung menaikkan kadar,” ujarnya.

Tambah Ling, berasaskan kekuatan ekonomi pada beberapa suku tahun lepas, OCBC meramalkan bank menaikkan kadar sehingga 3.25 peratus pada suku pertama tahun ini dan bukannya pada tiga peratus seperti sebelumnya.

“Kadar dijangka meningkat sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat bulan Januari dan Mac 2023. Tetapi kami meramalkan BNM akan menghentikan kenaikan selepas itu. 

“Walaupun pertumbuhan jangka pendek nampak positif, Malaysia tidak mungkin terlepas daripada sebarang tempias kemelesetan ketara global yang mungkin dialami,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI