fbpx

Hutang negara termasuk liabiliti cecah RM1.5 trilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA- Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu mencecah sehingga RM1.5 trilion sekiranya digabungkan bersama aspek liabiliti.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau turut menegaskan wakil-wakil kementerian perlu menerima hakikat tersebut dan tidak boleh berada dalam situasi selesa.

“Masalahnya ialah hutang kerajaan sudah mencecah hampir RM1.2 trilion, ini kenyataan meskipun ada yang pertikai kerana kenyataan boleh berubah-ubah. Kalau termasuk liabiliti, ia sudah cecah RM1.5 trilion.

“Jadi, wakil-wakil kementerian harus terima kenyataan ini dan tidak boleh berasa selesa seperti seolah-olah semuanya baik sahaja dan catat kejayaan yang baik.

“Itu kenyataan hambar dan bertentangan dengan data. Sebab itu kita mulakan dengan berikan angka sebenar, ada cara pendekatan berbeza, kita tidak boleh tangani ekonomi 2023 kalau ada budaya selesa dan tidak mampu pacu ekonomi diharapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI