fbpx

Covid-19: Perak sedia wajibkan pemakaian semula pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Iskandar Dzurkarnain (empat dari kanan) ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Lahat Eco-City di Ipoh hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

IPOH – Kerajaan negeri bersedia untuk mewajibkan pemakaian semula pelitup muka di tempat awam sekiranya keadaan memerlukan susulan penularan kes Covid-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu bergantung kepada perkembangan semasa kesihatan dan keselamatan serta keseriusan jumlah kes direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kalau keadaan memerlukannya, saya akan memanggil mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan negeri. Kita akan buat penilaian berasaskan kepada laporan yang dibuat oleh pengarah kesihatan negeri.

“Nanti kita lihatlah ada keperluan atau pun tidak, jika ada sudah tentu kita kena mengambil langkah-langkah yang perlu bagi keselamatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Lahat Eco City di sini hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan Raja Di-Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Menurut Saarani, berdasarkan laporan kes harian Covid-19, belum ada keperluan mendesak untuk mewajibkan pelitup muka di negeri ini.

“Keadaan sekarang tidaklah mendesak tetapi nanti jika perlu pakai maka kita akan pakai (wajibkan),” katanya.

Bilangan kes tempatan Covid-19 semalam menurun sebanyak 22.3 peratus iaitu 2,497 kes berbanding 3,213 kes.

Sementara itu, terbaharu, bilangan kes import pula meningkat sebanyak 55.6 peratus dengan merekodkan 28 kes berbanding 18 kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI