fbpx

Lelaki pancing jerung panik jadi ‘umpan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki itu panik setelah terjatuh ke dalam laut. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua lelaki bernasib malang apabila terjatuh ke dalam laut ketika memancing ikan jerung, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @hak.indo.

Dua lelaki itu dirakam berada di atas sebuah pelampung hijau untuk menangkap ikan sementara disaksikan oleh beberapa rakan mereka.

Ketika bekerjasama menarik jerung memakan umpan, pelampung yang mereka naiki hilang keseimbangan lalu terbalik.

Kedua-dua lelaki itu kelihatan panik kerana jatuh berdekatan ikan jerung tersebut. Mereka berusaha menyelamatkan diri walaupun jerung itu terlepas daripada tangkapan.

Rakan-rakan yang berada di atas bot itu kemudian mentertawakan mereka. 

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jerung: wah mukbang,” komen seorang netizen.

“Niat memancing malah bertukar menjadi umpan,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI