fbpx

HSA 2 tangguh, pembinaan Hospital Pasir Gudang ikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIAN SOON memakaikan vest kepada salah seorang ketua SRS sempena Program Jom Ronda SRS dan Ziarah Perpaduan di Felda Ulu Tebrau, Johor Bahru malam tadi.

JOHOR BAHRU – Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA 2) yang sebelum ini telah dirancang terpaksa ditangguhkan sementara waktu setelah projek berkenaan tidak tersenarai dalam Bajet 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan baharu untuk menyatakan hasrat berkenaan.

Menurut beliau, sebaliknya pembinaan sebuah lagi hospital kerajaan di Pasir Gudang sedang dalam proses pembinaan dan berjalan mengikut jadual.

“Untuk makluman semua, pembinaan Hospital Pasir Gudang masih berjalan dan kini ia sudah melebihi tahap 40 peratus pembinaan, lebih awal daripada jadual ditetapkan,” katanya selepas menghadiri Program Jom Ronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Ziarah Perpaduan yang dianjurkan di Dewan Raya Felda Ulu Tebrau, di Ulu Tiram, dekat sini semalam.

Jelas Tian Soon, setelah berlaku pertukaran kerajaan pusat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan baharu iaitu Dr. Zaliha Mustafa bagi menyiarkan perkara tersebut.

“Sebelum ini, bagi projek (HSA 2) itu kita telah kenalpasti kawasan tetapi berdepan beberapa masalah seperti perumahan setinggan, jadi kita akan cari beberapa jalan penyelesaian sama ada dengan mengalihkan sedikit tapak projek atau terus dipindahkan ke kawasan lain.

“Tetapi apa yang penting adalah Johor sangat memerlukan sebuah lagi hospital kerajaan di kawasan bandar raya ini, jadi kita berharap projek itu akan tersenarai dalam Rancangan Malaysia akan datang,” ujarnya.

Pada Ogos tahun lalu, Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, pembinaan Hospital Pasir Gudang dan HSA 2 penting untuk mengatasi masalah kesesakan pesakit yang sedang dihadapi di HSA dan Hospital Sultan Ismail (HSI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI