fbpx

300 sekolah daif seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan (KPM) mengenal pasti lebih 300 sekolah daif di seluruh negara yang memerlukan penyelenggaraan segera perlu diberi keutamaan dalam Belanjawan 2023.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ini merupakan salah satu daripada tujuh tunjang aspirasi KPM dalam memastikan bangunan tersebut selamat untuk diduduki pelajar dan guru.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 12 merupakan merupakan sekolah yang berada di negeri ini.

“Kita nak pastikan tidak ada yang terpinggir termasuk di Sabah dan Sarawak, juga di Semenanjung.

“KPM memerlukan perbelanjaan yang besar terhadap bayaran gaji, emolumen dan selebihnya baru kita tumpukan kepada pembangunan. Kita sentiasa melihat dari semasa ke semasa tentang penambahan itu khususnya untuk mengurus dan menyelenggara sekolah,” katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tinggi, di sini hari ini.

Beliau berkata, selain sekolah daif, kementeriannya turut memberi tumpuan gaji guru dan kakitangan sekolah, baik pulih sekolah dan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Menyentuh mengenai isu kuarters guru yang daif, Fadhlina memberitahu, kementeriannya memerlukan sedikit masa untuk melihat isu ini supaya usaha pembaikan itu dapat dilakukan segera.

Katanya, ada beberapa kuarters guru yang telah dikenal pasti untuk diperbaiki bagi memberi keselesaan kepada guru dan perkembangan isu itu akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Fadhlina turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 buat sekolah yang berusia hampir 100 tahun itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI