fbpx

200 orang hilang tempat tinggal, rumah panjang hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rh. Selanjat Sungai Segan, Ulu Sebauh, Bintulu yang musnah akibat kebakaran pagi tadi.

BINTULU – Sebanyak 33 daripada 36 pintu Rumah Panjang (Rh) Selanjat Sungai Segan, Ulu Sebauh di sini ranap dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.

Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.34 pagi dan segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu ke lokasi kejadian yang terletak pada jarak sejauh 20 kilometer.

“Kebakaran melibatkan satu blok lama rumah panjang dan telah memusnahkan 33 buah pintu manakala tiga pintu lagi terselamat.

“Kebakaran dianggarkan menyebabkan 90 peratus kemusnahan pada rumah panjang terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya penghuni yang terjejas dianggarkan seramai 200 orang daripada 33 keluarga.

Namun, katanya tiada sebarang kecederaan berlaku kerana semua penghuni berjaya keluar dari rumah masing-masing dengan selamat.

“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI