fbpx

Tang Jie akui banyak buat silap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE dan Ee Wie gagal meneruskan kemaraan pada Terbuka Malaysia selepas tunduk kepada pasangan dari Thailand sebentar tadi.

TIADA lagi kelibat pemain Malaysia dalam acara beregu campuran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 selepas gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tersingkir di pusingan suku akhir semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pasangan yang baru digandingkan itu tewas 19-21, 9-21 kepada juara dunia 2021 dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai.

Walaupun gembira dapat melangkah ke suku akhir pada kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 1000, namun Tang Jie mengakui sedikit kecewa memandangkan sasaran mereka untuk melangkah sejauh mungkin.

“Kami sudah berikan tentangan sengit kepada mereka, namun ketika kedudukan 19-20 pada set pertama, saya ada buat silap dan ia membuka ruang untuk mereka melakukan serangan terhadap kami.

“Sekiranya kami mampu bertahan dan memenangi set pertama, mungkin cerita berbeza pada set kedua. Saya banyak buat kesilapan mudah pada set kedua dan menyebabkan kami kalah,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada masa sama, pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan, dia dan Ee Wei bekerja keras sepanjang perlawanan untuk mengutip mata sehingga menyebabkan mereka bertembung sesama sendiri di set kedua.

“Pada ketika itu, memang kita betul-betul nak menang dan cuba melakukan yang terbaik bagi mendapatkan mata. Penyokong pun boleh nampak kerana hanya itu cara untuk kami menghalang rentak mereka.

“Saya fikir setiap perlawanan sentiasa mendebarkan kerana kita mahu menang selain harapan yang diletakkan ke atas kami. Saya akui, kami tidak tunjukkan kekuatan sebenar hari ini (semalam),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI