fbpx

Mahkamah: Notis usul ditolak, bicara Siti Bainun Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan bela diri Siti Bainun Ahd Razali atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella tidak ditangguh lagi dan akan diteruskan di Mahkamah Sesyen di sini dengan Siti Bainun memberi keterangan Isnin depan.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hari ini menolak notis usul yang dikemukakan Siti Bainun berhubung dua pertuduhan untuk disemak semula selain membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan pengasas Rumah Bonda itu.

“Saya membenarkan bantahan oleh responden (pendakwaan) dan notis usul (Siti Bainun) ditolak,” kata hakim itu.

Dalam notis usul yang difailkan pada 30 November tahun lalu dengan menamakan Pendakwa Raya selaku responden, Siti Bainun memohon untuk menyemak dua pertuduhan tersebut apabila Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam tidak mempertimbangkan isu berkenaan pertuduhan-pertuduhan itu yang didakwa defektif (cacat) dan prejudis ketika memerintahkannya membela diri.

Siti Bainun turut mendakwa, perintah Hakim Mahkamah Sesyen itu untuk memanggilnya membela diri pada 24 November adalah batal dan tidak sah kerana gagal menilai kecacatan pertuduhan-pertuduhan di dalam penghakiman yang dibacakan di mahkamah terbuka pada hari berkenaan.

Sebelum ini, bicara bela diri Siti Bainun yang bermula pada 5 dan 6 Januari lalu namun ditangguhkan sementara menunggu keputusan berhubung notis usul itu hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI