fbpx
Puteri Sarah dan Syamsul bersama dua anak mereka.

Puteri Sarah dijangka fail cerai Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kepincangan rumah tangga pengarah sensasi Syamsul Yusof mungkin memasuki fasa baharu berikutan isterinya, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah di sini pada Isnin ini.

Difahamkan permohonan untuk bercerai itu sepatutnya difailkan hari ini namun ditangguhkan ke minggu depan berikutan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mempunyai urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Perkara tersebut kemudian disahkan oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah.

Peguam terbabit turut memberitahu pada ketika ini, hanya permohonan cerai sahaja yang akan difailkan Isnin ini.

Menjawab pertanyaan sama ada ibu kepada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, itu akan hadir pada pemfailan permohonan cerai itu, Akberdin menjawab: “Pasti hadir”.

Baru-baru ini melalui menerusi coretan di Instagram Syamsul Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, mengharapkan agar kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar bertenang serta banyak bersabar.

Terdahulu, Syamsul akhirnya mendedahkan sudah bernikah dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand pada Jumaat minggu lalu.

Pendedahan tersebut membuatkan isteri pertamanya, Puteri Sarah menarik nafas lega kerana suaminya sudah mengaku berkahwin dua namun memberitahu banyak perkara yang tidak benar didedahkan Syamsul dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.

Puteri Sarah, 38, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang pengecut dan mendedahkan dia telah disekat oleh Syamsul dalam aplikasi WhatsApp selama setahun. – KOSMO! ONLINE

POPULAR