fbpx

Anugerah Kewartawanan KPKT 2023, iktiraf peranan dan sokongan media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (tengah) bergambar bersama media dan warga KPKT di Majlis Hi-Tea Bersama Media, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan penganjuran Anugerah Kewartawanan KPKT 2023 sebagai tanda sokongan kepada media bermula Mac ini.

Menterinya, Nga Kor Ming, berkata, ia juga merupakan penghargaan kepada wartawan yang sentiasa menyampaian maklumat sahih dan berkualiti dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan.

“Anugerah ini merupakan komitmen KPKT dalam menzahirkan penghargaan kepada golongan wartawan.

“Ini kerana hasil karya berkualiti berupaya menghasilkan impak besar kepada pembangunan negara dalam membina ekonomi, perpaduan, keharmonian dan kestabilan politik negara,” katanya ketika berucap di Majlis Hi-Tea Bersama Media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Majlis yang disertai kira-kira 50 orang pengamal media turut dihadiri Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Ketua Setiausaha, Datuk M Noor Azman Taib, pegawai-pegawai kanan, jabatan dan agensi di bawah KPKT.

Katanya, pertandingan tersebut antaranya akan memfokuskan kepada hasil karya yang mengetengahkan agenda utama KPKT.

“Ia meliputi pemeriksaan pihak berkuasa tempatan (PBT), perancangan perumahan yang lebih komprehensif, pemerkasaan komuniti berbilang kaum, pengurusan sisa pepejal bersepadu yang lebih efisyen memperkukuh agenda bandar mampan dan pintar serta pemerkasaan perkhidmatan kebombaan.

“Oleh itu, melalui penjurian secara profesional, karya terbaik akan diktiraf dan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kewartawanan KPKT 2023 melalui pelbagai kategori yang akan dipertandingkan pada akhir November ini,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau berharap anugerah ini mampu menjadi pencetus semangat untuk media terus berkarya dalam membawa pelbagai isu.

Dalam masa sama, Kor Ming turut berkongsi dengan pengamal media tentang halatuju dan komitmen KPKT seiring dengan tiga slogan (tagline).

“Tagline kementerian yang baharu ialah #strongertogether, #unityindiversity dan #demipertiwi. Konsep pendekatan pentadbiran KPKT pula ialah A untuk Amanah, Adil dan Arif, B (Bersih dan Bela), C (Cekap, Cergas dan Cepat) dan D (Displin).

“Melalui gabungan budaya kerja dan pendekatan Kementerian melalui konsep ‘ABCD’, saya yakin kementerian ini akan terus berdaya saing untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI