fbpx

Thai AirAsia nombor tiga di dunia tepati masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thai AirAsia dinobatkan sebagai syarikat penerbangan tambang rendah ketiga paling tepat masa di dunia. - @airasia Th Twitter

BANGKOK – Thai AirAsia tersenarai sebagai syarikat penerbangan tambang rendah ketiga paling menepati masa di dunia dan paling menepati masa di Asia Pasifik pada tahun 2022, demikian menurut syarikat analisis data industri penerbangan serta pelancongan, Cirium seperti laporan portal berita Thaiger semalam. 

Purata kadar tepat masa yang dilaporkan oleh Cirium ialah 97.47 peratus, manakala berita mengenainya diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia, Santisuk Klongchaiya pada 9 Januari lalu.

Santisuk menekankan bahawa ketepatan masa sama pentingnya dengan aspek keselamatan penumpang Thai AirAsia. Beliau turut berjanji untuk mengekalkan ketepatan masa dan menjadi syarikat penerbangan tepat masa terkemuka di dunia.

Santisuk melaporkan bahawa syarikat penerbangan itu berada dalam banyak senarai terbaik antarabangsa. 

Syarikat penerbangan itu disenaraikan sebagai syarikat penerbangan ketiga paling tepat masa di dunia oleh OAG Aviation Worldwide pada tahun 2019 dan syarikat penerbangan paling tepat masa di dunia oleh Flightstats pada 2013.

Thai AirAsia juga dipuji sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 13 tahun berturut-turut oleh Skytrax aitu dari 2009 hingga 2022.

Thai AirAsia X yang merupakan syarikat penerbangan tambang rendah antarabangsa di bawah jenama AirAsia, pernah memfailkan kebankrapan pada Mei tahun lepas selepas operasinya terjejas disebabkan oleh bilangan penumpang asing yang sedikit semasa pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, tahun lalu, Santisuk memaklumkan kepada umum bahawa syarikat penerbangan itu dijangka pulih sepenuhnya berikutan kemasukan pelancong asing, khususnya dari China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI